PERMULAAN K.A.T.A

 

PERMULAAN

TERIMA KASIH SI PEMBERI

PERMULAANYA,
.. apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya” ( As-Syuaara 42:36)
 
Hidup dalam lingkungan mereka-mereka yang berusaha untuk mencintai Allah, 
adalah nikmat terindah..
Saling berpesan dalam kesabaran, saling beringat dalam kebenaran..
(Khas untuk group HM15)
 
Akhawat 
Saya senang sekali berada berada bersama kalian
Dalam setiap suka duka, dalam setiap gelak dan hiba
Walaupun kadangkala tingkah tidak seiring dengan setiap kata-kata, tetapi akhawat itu selalu sedar bahawa itulah yang sedang dimujahadahkan, sehingga akhirnya (innsyaallah) kita semua menjadi insan yang celupannya hanya celupan Allah itu..
Baik dari segi bicara, tingkahlaku dan akhlaknya..
 
saya sedar,
kerana itulah Allah meletakkan akhawat ini saling bersama
untuk mengingat di kala terlupa
untuk menarik di saat jatuh
untuk menjadi bahu tempat bersandar di kala lelah..
dan banyak lagi yang tak mampu saya tuliskan satu persatu..
 
walaw tiada talian darah,walaw tidak mengenali kalian ,takkan terpisah setiap dari kita melainkan yang menghubungkan kita adalah tali aqidah semata-mata.
kerana pertemuan ini adalah kerana Allah, maka yang memisahkannya hanyalah kerana Allah juga..
 
dan hari ni, hampir satu tahun bersama mereka, saya kira ilmu di dada semakin bertambah. mungkin juga bukan kerana mujahadah saya, tetapi kerana adanya doa akhawat ini..
 
kerana 
mereka ini tulus hatinya
mereka ini benar-benar membuktikan kesaksian mereka
mereka ini sungguh-sungguh bermujahadah untuk setiap bait apa yang mereka baca..
 
untuk teruskan istiqamah sangat sukar bagiku,insyaallah bersama kalian, saya mampu.
#keluarga dn insan tersayag
******
 
28072014 @ 1 Syawal yang baru sahaja pergi
Titipan Sanah helwah buat diriku ini
yang juga sedang bermujahadah untuk menjadi insancahayaisrah sejati..
 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s